Thursday, May 28, 2009

eeiiii.... mls sda aq mau isi blog ku mau ................pmr................

nanti habis pmr on9 smpai gila babi

Saturday, May 2, 2009

teka teki

teka-teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati " ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI = " Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Friday, May 1, 2009

QIAMULAIL - Fadhilat & Keutamaan
--------------------------------

Keutamaan Qiamulail
-------------------
* Sembahyang Malam - amalan orang soleh
-------------------------------------
Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ; \"hendaklah kamu
melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah
amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu
dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari
melakukan dosa.\"
- ( Riwayat At-Tarmizi )

Dalam riwayat Salman Farisi ditambah lagi dengan faedah lain
iaitu, \"ia dapat menghilang penyakit dari dalam tubuh.\"

- ( Riwayat At-Tabrani )

* Sembahyang Malam - Sumber Rahmat
--------------------------------
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ;

\"Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dan
mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya
payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya. Dan Allah
merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang
dan mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya
enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air
diwajahnya.\"
- ( Riwayat Abu Daud )

* Sembahyang Malam - mendapat martabat Zakirin dan Zakirat
--------------------------------------------------------
Abu Hurairah r.a. dan Abu Said meriwayatkan sabda Rasulullah
s.a.w. \"Jika seorang suami mengejutkan isteri (keluarganya)
diwaktu malam dan bersembahyang (walau dua rakaat) mereka
ditulis dalam golongan \'zakirin dan zakirat\'.\"
- ( Riwayat Abu Daud )

Dalam Hadis lain, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa ;

\"Keutamaan sembahyang malam dari sembahyang siang adalah
seperti keutamaan bersedekah secara senyap-senyap dari
bersedekah terang-terang.\"
- ( Riwayat Tabrani )

Berkata Samrah bin Jundub, \"Rasulullah s.a.w. menyuruh kita
sembahyang malam baik sedikit atau banyak dan supaya
ditamatkan sembahyang tersebut dengan witir.\"
- ( Riwayat Tabrani dan Al-Bizzar )

* Hendaklah diamalkan walaupun sedikit
------------------------------------
Iyas bin Mu\'awiyah Al-Muzni meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda ; \"Boleh dikerjakan sembahyang malam meski
pun (masanya) sekadar memerah susu seekor kambing. Dan
(waktu) selepas sembahyang Isya\' itu dikira sebagai (waktu)
malam.\"
- ( Riwayat Tabrani )

Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. menyuruh dan
menggalakkan umatnya sembahyang malam hinggakan beliau
pernah bersabda, \"Hendaklah kamu (melazimkan) sembahyang
malam walau pun sekadar satu rakaat.\"
- ( Riwayat Tabrani )

* Kemuliaan diperolehi dengan sembahyang malam
--------------------------------------------
Sahl bin Saad r.a. menerangkan (pada suatu ketika) Jibril
datang menemui Rasulullah sambil mengingatkan beliau,
\"Wahai Muhammad, hiduplah semahu mu namun engkau pasti mati.
Berbuatlah (apa sahaja) sekehendak mu, sesungguhnya perbuatan
mu akan dibalas. Cintailah juga siapa yang engkau mahu,
namun engkau pasti berpisah juga dengannya. Ketahuilah
bahawa kemuliaan seorang mukmin itu pada sembahyang malam
dan kehormatan (harga) dirinya ialah dengan tidak meminta-
minta pada orang lain.\"
- ( Riwayat Tabrani )

Dari Ibnu Abbas, \"Semulia-mulia umat ku ialah Hamalatul
Al-Quran dan orang-orang yang melazimi sembahyang malam.\"

Orang yang sembahyang malam ini maksudnya ialah yang beribadah
dengan tahajjud, zikir dan istighfar. Manakala Hamalatul
Al-Quran pula ialah orang-orang yang hafal Quran, menurut
suruhanNya, mengelak atau meninggalkan laranganNya. Tidak
membaca Quran ditempat-tempat yang menjatuhkan martabatnya
disamping mereka menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Amru bin Utbah pernah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. bahawa,
\"Masa yang seorang hamba Allah itu paling hampir denganNya ialah
di larut-larut malam. Maka seandainya engkau mampu untuk ikut
serta menjadi orang yang mengingati Allah ketika itu maka,
jadilah seperti mereka.\"
- ( Riwayat Tarmizi )

* Tanda menjadi kekasih Allah
---------------------------
Abu Darda\' meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. ;

\"Tiga golongan yang Allah kasihkan kepada mereka; Allah
gemar/gembira dengan mereka. Orang yang pasukannya hampir
kalah tetapi terus berperang (menggadaikan) nyawanya demi
Allah s.w.t. Tekadnya ialah sama ada ia terkorban (syahid)
atau dimenangkan oleh Allah dan diselamatkan olehNya.
Sehingga Allah berkata; \"Lihatlah kalian kepada hamba mu ini,
demikian sabarnya dia demi aku.\" Orang yang punya isteri
rupawan dan tilam yang empuk nyaman namun ia bangun sembahyang
malam.\" Allah sampai berkata, \"(demikian sekalian dia), ia
sanggup meninggalkan nafsu syahwatnya dan mengingat Aku, pada
hal jika dia mahu, dia boleh terus tidur.\" Dan orang yang
dalam perjalanan bersama teman-teman. Mereka berjaga (kerana
perjalanan), kemudian mereka tidur, namun ia bangun
bersembahyang di larut malam dengan payah dan mudah.\"
- ( Riwayat Tabrani )




Firman Allah swt,
\"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran.\"
Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin \'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
\" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..\"
Smiley Smiley Smiley Smiley Smiley Smiley Smiley Smiley Smiley Smiley Smiley Smiley Smiley Smiley Smiley Smiley Smiley
Kelebihan Qiamullail

1. Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih



2. Daripada Abdullah bin Salam katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, jalinkanlah silaturrahim dan bangunlah untuk dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya kamu akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih



3. Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah Muharram dan sembahyang sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat pada waktu malam – Dikeluarkan oleh Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan sanad sohih



4. Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad dengan sanad sohih

MUSA MENAMPAR MALAIKAT

Ramai orang tak dapat nak terima cerita tentang Malaikat Maut yang ditampar Musa AS sehngga menyatakan cerita tersebut sebaga cerita dongeng. Saya tak salahkan mereka kerana cerita ni memang nampak pelik dan tak kena dengan akal kita. Malangnya agama ini bukannya dengan akal, tetapi dengan wahyu dan dibantu akal.

Cerita Musa menampar Malaikat Maut ni cerita benar, bahkan disebut dalam Hadis Sahih al-Bukhari. Nah kta nak Tanya, siapa yang berani mengkritik Imam Bukhari yang wara’ dan alimnya dia ni berlipat ganda jka dibandingkan dengan kita. Orang yang berani mengkritik beliau hanyalah tiga jenis orang: Satu, orang yang jenis perasan cerdik walaupun sebenarnya mereka bodoh. Kedua, mereka yang sombong dan ketiga adalah mereka yang kurang siuman.

Musa AS ni nabi yang berani dan kuat. Sekali tumbuk orang, terus mati. Kita pula, tumbuk orang pun orang boleh senyum lagi. Ha, jenis nabi yang nama Musa ni jenis orang kuat dan sangat penting untuk peperangan. Bila nabi SAW jumpa Musa AS dalam Isra’ Mkraj, bagnda sebut Musa AS n orang tegap, tnggi, dan nampak pagan tambah pula dengan kulitnya yang berwarna hitam. Kta kena ngat, takde syarat kata nak jadi nabi kena kulit cerah, warna putih. Kalau kulit cerah, warna putih tapi hati hitam gelemat buat apa.

Jadi satu kali Musa AS berdoa pada Allah agar dipanjangkan umur. Kemudian lepas daripada tu, Malakat Maut mari dengan menyamar jadi manusia dan sbeut nak tarik nyawa Musa. Musa yang terkejut, ntah orang mana datang tiba-tiba nak bunuh baginda, jadi terus saja baginda tamper muka malaikat yang sudah bertukar rupa tu hingga tercabut matanya.

Jadi kita dapat buat beberapa kesimpulan:

a) Musa tidak tumbuk malaikat dalam bentuk asal dan benda tu mustahil terjadi kerana malaikat dibuat daripada cahaya.
b) Musa terkejut kerana tiba-tiba ada orang yang ingin mencabut nyawa baginda sedangkan baginda tidak mengenali siapakah orang tersebut sebenarnya
c) Sesuatu hads itu jangan terus ditolak lantaran kita merasakannya pelik sehingga kita menelitinya. Namun tidak dapat dinafikan bahawa antara tanda hadis maudhu’ ialah hadis yang terlalu aneh dan janggal.

Apapun, wallahu a’lam
10 Sebab Doa Terhijab“Wahai Ibrahim Adham, kami telah
berdoa kepada Allah, tetapi tidak
diperkenankanNya lagi. Beritahulah
kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham
menjawab, terhijabnya doa disebabkan
10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.

nauzubillah... mohonlah doa dengan sebaiknya... moga dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah

tazkirah ringkas

Sejak kita dilahirkan, kita telah dijaga, dibelai, dididik dan diasuh
dengan begitu perihatin oleh kedua ibu bapa kita. Sewaktu kecil,
apabila kita merengek di tengah malam buta, ibu kita dengan kerelaan
hatinya terpaksa bersengkang mata untuk memujuk dan memberikan susu.
Manakala ayah pula sibuk berusaha memastikan kehidupan keluarganya
dalam keadaan yang baik agar kita dapat hidup dengan selesa dan
sempurna.

Lihatlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita.
Apakah tindakan kita yang sewajarnya untuk membalas jasa mereka ini?
Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka kecil hati? Sesungguhnya
ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita kepada
mereka bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka
selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah
membahagiakan mereka. Sentiasalah berdoa akan keselamatan dan
kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doa
daripada anak-anak yang soleh inilah yang akan menerangi kehidupan
mereka di alam barkzah nanti. Ingatlah suatu hari nanti kita juga
bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar
dikurniakan anak-anak yang soleh sepertimana harapan ibu dan bapa
kita juga.


Wassalam,
zuhailie

ringkas tazkirah

asalamualaikum

Mungkin kerana kita leka, sekali pena terlepas dari genggaman tangan,ucapan'opps' mendahului 'YA ALLAH',
bila perut kenyang 'kenyangnya' mengatasi 'ALHAMDULILLAH',
bila diri terpegun oleh keindahan alam, 'SUBHANALLAH' tertutup oleh 'cantiknya,
bila dikunjung berita malang, 'kasihannya' terucap kerana kita lupa 'INNALILLAH',
kadangkala kita lupa kerana terbiasa,
tapi ingatlah agar bila IZRAEL mendekati kita, biarlah ucapan 'LAILAHAILLAH' menjadi juara mengarasi segalanya